Friday, April 17, 2009
TUAN MUKHTAR BOGOR
pada saat saya kecil pernah diceritakan oleh uwak(pakde), ada seorang ulama dari Bogor beliau menyebutnya Mama Ajaeungan Mukhtar yang mukim di Mekah, tak banyak cerita mengenai beliau, sampai akhirnya ketika browsing di internet menemukan tulisan yang saya sunting di bawah ini.
TUAN MUKHTAR BOGOR
`Ulama' ahli syari'at dan haqiqat
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
DI MEKAH pada satu ketika dulu sekurang-kurangnya ada tiga orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menguasai banyak bidang disiplin ilmu. Ketiga-tiganya pula adalah merupakan yang paling ramai muridnya, terutama bagi masyarakat dunia Melayu.Yang pertama, ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 25 tahun, mulai 1300 H/1882 M hingga tahun 1325 H/1908 M. Yang kedua Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minankabawi (1276 H/1860 M - 1334 H/ 1916 M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 29 tahun, mulai 1305 H/1888 M hingga tahun 1334 H/1916 M. Yang ketiga ialah ulama yang diriwayatkan ini, nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid al-Bughri al-Batawi al-Jawi.
Lahir di Bogor, Jawa Barat, pada hari Khamis, 14 Syaaban 1278 H/14 Februari 1862 M, wafat di Mekah, petang Ahad, 17 Shafar 1349 H/13 Julai 1930 M. Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 28 tahun, mulai 1321 H/ 1903 M hingga tahun 1349 H/1930 M.Sungguh pun Tuan Mukhtar Bogor menguasai banyak bidang disiplin ilmu termasuk ilmu-ilmu hadis, yang sering dibicarakan terutama oleh golongan tajdid, namun beliau tetap berpegang dengan Mazhab Syafie, pengikut setia Mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah aliran Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi. Dalam tasawuf tetap berpegang kukuh dengan imam-imam kaum sufi yang muktabar seperti Imam Abu Qasim Juneid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali, dan lain-lain.PendidikanBeliau memperoleh pendidikan dari orang tuanya sendiri, terutama tentang al-Quran sekali gus beliau hafiz kitab suci Islam itu. Dalam tahun 1299 H/1881 M melanjutkan pelajarannya di Betawi/Jakarta, belajar kepada al-Allamah al-Habib Utsman bin Aqil bin Yahya, Mufti Betawi. Melalui ulama Arab keturunan Rasulallah s.a.w tersebut Tuan Mukhtar Bogor hafal matan-matan ilmu yang pelbagai. Matan-matan itu ialah: Matn al-Milhah, Matn al-Alfiyah dan Matn al-Qathar semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn al- Ghayah wa at-Taqrib, Matn al-Irsyad, Matn az-Zubad semuanya dalam fikh dan termasuk juga akidah. Ketika belajar di Betawi juga, Tuan Mukhtar telah mahir dalam riwayat-riwayat ilmu Qiraat.Ulama-ulama yang pernah mengajar Tuan Mukhtar, yang bersanad, yang beliau sebut dalam tulisannya, ialah: Sayid Muhammad Amin bin Sayid Ahmad ar-Ridhwan al-Madani, Sayid Abu Bakri Syatha dan saudaranya Sayid Umar Syatha, Sayid Abdul Karim an-Naji ad-Daryandi, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Mushthafa Afifi dan Syeikh Muhammad Zainuddin al-Jawi as-Sumbawi. Ulama yang berasal dari Pulau Sumbawa, Indonesia ini menghasilkan beberapa buah karangan di antaranya yang masih diajarkan sampai sekarang ialah Sirajul Huda (akidah) dan Minhajus Salam (fikh). Guru-guru yang lain beliau sebut pula Syeikh Muhammad al-Minsyawi, Sayid Umar as-Syami, Sayid Husein al-Habsyi, Sayid Yusuf an-Nabhani, Sayid Muhammad bin Ja'afar al-Kattani dan Syeikh Abdul Qadir al-Halabi.Ada beberapa buah kitab yang dikhatamkan Tuan Mukhtar di bawah bimbingan Syeikh Ahmad al-Fathani, kitab-kitab itu ialah Fathul Mu'in dan syarahnya I'anatuth Thalibin. Kedua-dua kitab itu adalah mengenai fikh yang sekali gus Tuan Mukhtar belajar juga kepada Sayid Abu Bakri asy-Syatha, iaitu pengarang kitab I'anatuth Thalibin itu. Kitab fikh Mazhab Syafi'ie yang besar-besar Tuhfah dan Nihayah, Tuan Mukhtar juga belajar kepada Sayid Abu Bakri asy-Syatha. Tuan Mukhtar Bogor juga secara langsung khatam dua buah kitab karya Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri. Yang sebuah dalam bahasa Arab, iaitu Tashil Nail al-Amani tentang nahu. Yang bahasa Melayu ialah Faridatul Faraid tentang akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Mengenai ilmu hadis terutama kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tuan Mukhtar belajar dari awal hingga akhir kedua-dua kitab itu kepada Sayid Husein bin Sayid Muhammad al-Habsyi. Mengenai ilmu tafsir pula Tuan Mukhtar belajar kepada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Sayid Husein bin Sayid Muhammad al- Habsyi dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki juga adalah guru kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.MengajarDalam catatan sejarah Tuan Mukhtar Bogor adalah seorang yang sangat rajin belajar, mengajar, membaca dan sangat kuat beramal. Praktik mengajar dilakukan di Masjid al-Haram dan di rumah beliau sendiri. Mengajar di Masjid al-Haram dilakukan antara Maghrib dan Isyak. Dan sesudah Isyak disambung lagi. Yang hadir ketika beliau mengajar di dalam Masjid al-Haram sekitar 400 orang yang terdiri dari para pelajar dan termasuk para ulama.Biasanya beliau mengajar sesudah Subuh, jika di rumah, ialah ilmu nahu, ilmu sharaf dan balaghah. Sesudah Asar mengajar kitab Ihya' Ulumid Din karangan Imam al-Ghazali. Pelajaran yang singkat tentang ilmu falak dan miqat dilaksanakan pada hari Selasa, iaitu mengajar kitab susunan beliau sendiri.Setiap malam Jumaat, Tuan Mukhtar Bogor mengadakan majlis zikir dan doa yang ramai manusia menyertai majlis itu. Setiap selesai melakukan zikir dan doa diiringi dengan jamuan makan secara berjemaah.Selain melakukan zikir dan doa berjemaah Tuan Mukhtar Bogor memang dikenali sebagai seorang yang zahid, banyak melakukan ibadat, banyak membaca selawat atas Nabi s.a.w, banyak membaca al-Quran dan lain-lain sejenisnya. Sungguhpun Tuan Mukhtar Bogor berkekalan membaca al-Quran sebagai amalan, namun beliau masih mampu mengamalkan zikir-zikir jenis Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Naqsyabandiyah.Selain hal-hal yang tersebut di atas Tuan Mukhtar Bogor juga dikenali sebagai seorang yang pemurah, beliau menampung para pelajar yang tiada berkemampuan dengan bimbingan pelimpahan ilmu, sekali gus diberi makan dan pakaian seperti yang beliau lakukan terhadap keluarganya sendiri.Di antara murid-murid Tuan Mukhtar Bogor yang menjadi ulama besar yang mendapat tempat dalam masyarakat ialah: Haji Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang, Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam Selangor, Sayid Muhsin bin Ali al-Masawi, pengasas Madrasah al-Ulumid Diniyah, Mekah, Kiyai Ahmad Dimyathi bin Abdullah at-Tarmasi (adik Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi yang sangat terkenal), Kiyai Haji Hasyim al-Asy'ari, pengasas Nahdhatul Ulama Indonesia, Kiyai Haji Manshur bin Abdur Rahman Bogor al-Batawi, Sayid Muhammad Ahyad bin Idris Bogor, ulama ini adalah menantu kepada Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (Padang), Tuan Guru Haji Muhammad Zain bin Tama Kajang (1324 H/1908 M - 1413 H/ 1992 M) dan ramai lagi. Sewaktu artikel ini saya tulis masih ramai murid Tuan Mukhtar Bogor yang masih hidup, di antaranya di Malaysia ialah Tuan Guru Haji Hasyim (Pimpinan Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan), Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (Pimpinan Pondok Lubuk Tapah, Kelantan). Selain yang masih hidup di Malaysia juga masih ramai di Patani, Indonesia dan di Mekah. Semua murid Tuan Mukhtar Bogor yang masih hidup pukul rata yang berusia melebihi usia 80 tahun ke atas.PenulisanSyeikh Muhammad Mukhtar Bogor menghasilkan karya yang tersebar berupa cetakan ada yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Yang telah diketahui dan dijumpai adalah sebagai yang tersebut di bawah ini:1. Taqribul Maqshad fil Amali bir Rub'il Mujaiyab, diselesaikan hari Khamis, 15 Syaaban 1308 H. Kandungan membicarakan ilmu falakiyah. Cetakan kedua Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1331 H. Dicetak juga oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Jumadil Awwal 1347 H. Selain cetakan sebuah manuskrip salinan yang ditemui, pada akhir salinan dinyatakan, ``Saidi wa Ihsan Haji Abdur Rahman bin al-Haji Ibrahim Khathib Melabuh al-Jawi min ahali al-Juhur Baharu''. Maksudnya Saidi dan Ihsan bin Haji Abdur Rahman bin Haji Ibrahim, Khathib Melabuh yang berasal dari kekeluargaan Johor Bahru. Salinan telah dilakukan pada tengah hari Rabu, 15 hari terakhir bulan Rejab 1313 H.2. Ushulud Din I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, diselesaikan hari Khamis, 24 Zulkaedah 1323 H. Kandungan membicarakan akidah, sifat dua puluh. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H.3. Ar-Risalatul Wahbatil Ilahiyah fi Bayani Itsqati ma'alal Maiyiti minal Huquqi was Shiyam was Shalati, diselesaikan malam Ahad, 2 Muharram 1327 H. Kandungan membicarakan fidiyah sembahyang, puasa dan lain-lain. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.4. As-Shawa'iqul Muhriqah lil Auhamil Kazibah fi Bayani Hillil Baluti war Raddu `ala man Harramahu, diselesaikan: Malam Isnin, 8 Muharram 1329 H. Kandungan membicarakan hukum boleh makan belut. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1329 H5. It-hafus Sadatil Muhadditsin bi Musalsalatil Ahaditsil Arba'in, diselesaikan: 8 Rabiulawal 1345 H. Kandungan membicarakan berbagai-bagai sanad/silsilah keilmuan dan amalan. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Jumadilawal 1345 H Ditashhih oleh Syeikh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.6. Khutbah al-Jumaat, tidak terdapat kenyataan tahun penulisan. Kandungan Khutbah Jumaat, khutbah yang pertama dan khutbah yang kedua. Dicetak tidak terdapat nama percetakan.7. Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat kenya-taan tahun penulisan. Kandungan membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Cetakan yang pertama Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah, atas perbelanjaan pemiliknya Muhammad Majid al-Kurdi al-Makki, 1330 H.8. Mukhtashar Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat tahun penulisan. Kandungan membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Dicetak oleh Mathba'ah al-'Arabiyah, Mekah, 13/2/1352. Pada halaman 7 pengarang mencatatkan bahawa syarah kitab ini dicetak pertama kali di Mekah tahun 1330 H dan cetakan yang kedua, tahun 1345 H di Mesir. Bahawa beliau telah mencantumkan 30 hadis berserta dengan syarahnya di dalam kitab tersebut.
(disunting dari http://ulama-nusantara.blogspot.com/ )
Baca Selengkapnya......

Pemilu Legislatif
Legislatif adalah badan deliberatif pemerintah dengan kuasa membuat hukum. Legislatif dikenal dengan beberapa nama, yaitu parlemen, kongres, dan asembli nasional. Dalam sistem Parlemen, legislatif adalah badan tertinggi dan menujuk eksekutif. Dalam sistem Presiden, legislatif adalah cabang pemerintahan yang sama, dan bebas, dari eksekutif. Sebagai tambahan atas menetapkan hukum, legislatif biasanya juga memiliki kuasa untuk menaikkan pajak dan menerapkan budget dan pengeluaran uang lainnya. Legislatif juga kadangkala menulis perjanjian dan memutuskan perang.
pemilu untuk menentukan anggota legislatif (DPR, DPD, DPRD DPRD II) sudah selesai, dan pemenang dari pesta lima tahunan ini sudah jelas (menurut Quick count), untuk pesta demokrasi yang satu ini dianggap sebagian orang menjadi tidak demokrasi, banyak dilaporkan kecurangan dan ada juga protes dimulai dari DPT sampai tertukarnya kertas suara siapa sebetulnya yang paling berhak mengatasi ini ?
semua mungkin sudah punya jawabannya masing - masing sehingga saya tak perlu menuliskan siapa yang paling berhak untuk mengatasi masalah DPT ini.
Salam Damai dari anak negri

Tuesday, March 10, 2009
MAKANAN TAHUN 80AN
tahun 80-an
Untung juga bisa hidup ditahun lapan poeloehan, punya duit cepek aja udah bisa jajan apalagi dikasih gopek..
CHELSEA
Permen yang depannya ada gambar kembang - kembang
COCORICO
Nih permen kalau nggak salah iklannya si Ryan Hidayat yach
CHICLETS
Permen karet super aneh walau makan sekotak nggak bakalan bisa bikin balon.
TIC-TAC
Kemasannya agak lebih modern karena dibikin dari plastik mirip permen frozz
COKLAT AYAM
Yach lumayan murah meriah, ni coklat tob juga dikampung.
CHIKI
Promosinya lumayan nich snack, terutama di arena PRJ, waktu masih di gambir, aku sempet juga bolos nggak masuk sekolah naik kereta nonton PRJ + PPI (Pameran Produksi Indonesia) 1985
Wafer SUPERMAN
Nih wafer nggak tau digambarin superman apa udah ijin? Tapi rasanya lumayan juga.
ANAK MAS
Mie paling aneh, pernah juga nyobain direbus ternyata nggak enak, ini mie enaknya diremas terus digado dah.
Itu sebagian kecil jajanan warung ceremai ujung samping SMP3 apa masih ada nih warung?

Tuesday, April 8, 2008
Guru Merupakan Aktor Kunci dalam Menentukan Keberhasilan Pendidikan
Jakarta, Pelita
Ketua Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Kusumanegara Jakarta Drs H Sugiharto, MM mengatakan guru merupakan aktor kunci yang sangat berpengaruh dalam menentukan keberhasilan pendidikan.
Pemerintah kini tengah memproses peningkatan kualitas para guru dan dosen, ucap Sugiharto pada wisuda sarjana Strata 1 semester ganjil tahun akademik 2007/2008, kemarin. Menurutnya, sejak diberlakukannya undang-undang nomor 20 tahyn 2003 tentang sistem pendidikan nasional, undang-undang No. 14 tahun 2005 tentang guru dan dosen, peraturan pemerintah No. 19 tahun 2005 tentang standar nasional pendidikan dan peraturan Mendiknas No. 28 tahun 2005 tentang akreditasi perguruan tinggi ternyata memberikan dampak pembenahan pendidikan profesional guru.
Dia menjelaskan, profesional guru mencakup pemulihan standar kompetensi profesional, strategi pembenahan dan modus penyelenggaraan program pendidikan profesional guru dengan pemahaman mendasar bahwa pada sebagian besar para guru berada pada lingkungan yang belum ideal, berada pada lingkungan kultur, ekonomi birokrasi, psikologis, geografis yang belum menggembirakan. Padahal tanggung jawab untuk dapat mencapai tujuan, relevansi, efesiensi dan pemerataan pendidikan pada tingkat terbawah terletak dibahu para guru.
Sebagai konsekwensi dari implementasi UU No. 14 tahun 2005, PP No. 19 tahun 2005 dan Permendiknas No. 28 tahun 2005 menuntur STKIP Kusumanegara melakukan berbagai upaya pembenahan dan mengubah paradigma dalam aspek manajeman dan gaya kepemimpinan, kurikulum, dosen/tenaga akademis dan mahasiswa tentang pembelajaran, budaya mengajar dan kemampuamn dosen, gaya belajar mahasiswa, teknologi informasi serta melengkapi ketersediaan dan kelengkapan sumber dan alat belajar untuk mewujudkan suatu pembelajaran yang efektif, antara lain memiliki kepemimpinan administrasi yang kuat, tidak ada mahasiswa yang memiliki nilai dibawah standar dan prestasi yang telah ditentukan; lingkungan yang kondusif, aman dan tidak ada gangguan sesuai dengan atura, pembelajaran bersifat luas dan mendalam, kemajuan mahasiswa selalu dimonitor dan memiliki iklim serta etos kerja yang baik.
Menurutnya, upaya tersebut dilakukan untuk mewujudkan suatu tujuan bagaimana lulusan dapat menjadi guru profesional dengan tugas utama mendidik, melatih, menilai dan mengevaluasi peserta didik pada pendidikan anak usia dini di jalur pendidikan formal, pendidikan dasar dan pendidikan menengah.
Oleh sebab itu, kata Sugiharto, diperlukan strategi sistem pengelolaan pendidikan dan menata ulang sistem pendidikan di STKIP Kusumanegara ke arah yang lebih dapat mengakomodir semua aspek pengelolaan pendidikan secara lengkap dan mempunyai visi ke depan secara utuh dan lengkap, antara lain manajeman dan kepemimpinan dengan mengembangkan suatu konsep dan peran kepemimpinan visioner yang bersih, transparan dan profesional dengan berlandaskan format iman dan itikad baik, berpikir positif, aktual dalam memberikan yang terbaik untuk kepentingan umum, apresiasi yang seimbang untuk tingkat kesejahteraan yang lebih baik dengan mengembangkan bentuk berpartisipasi dan hasil yang dicapai adalah merupakan kerjasama dalam satu kesatuan.
Kelima hal tersebut dalam implementasinya selalu diberangi dengan upaya melalui sentuhan yang menghadirkan Allah SWT dalam setiap perilaku dengan menyatukan akal, pikiran dan qolbu (hati), ujarnya.
Selain itu, pengelolaan kurikulum yang baik, pengembangan sumber daya manusia yang baik, pengelolaan sumber dan sarana pembelajaran dengan baik, pengelolaan kemahasiswaan dengan baik. (kim)

Monday, April 7, 2008
Seabad Buya HAMKA
MENENGOK MUSEUM BUYA HAMKA
Dibangun dan Dirawat oleh Peziarah Negeri Jiran
Di zaman Soekarno, dia pernah di penjara karena menentang komunis. Namun, dari penjara, dia mampu menyelesaikan tafsir Alquran. Dialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang lebih dikenal dengan Buya Hamka, tokoh agama panutan asal Sumatera Barat (Sumbar). Ironisnya, pembangunan museum untuk mengenang jasa-jasanya dibangun dan dirawat oleh peziarah negeri Jiran.
MUSEUM Buya Hamka terletak tidak jauh dari Danau Maninjau atau tepatnya di Desa Batang Maninjau,Kec Tanjung Raya,Kab Agam, Sumbar. Di sana terdapat beberapa rak yang menyusun rapi 260 koleksi buku almarhum Buya Hamka.
Ratusan buku itu akan membawa kita menyelami pemikiran tokoh Muhammadiyah ini. Entah kebetulan atau tidak,yang jelas museum yang dulunya tempat tinggal Buya Hamka itu terletak di ketinggian. Karena itu,untuk mencapainya terlebih dahulu pengunjung menaiki beberapa anak tangga yang terbuat dari semen.
Dari tempat tersebut, kita bisa melihat hijaunya air Danau Maninjau. Bangunan museum yang luasnya sekitar 15 x 10 meter persegi itu terlihat sangat bersih dan terawat rapi. Begitu juga dengan rumput rumput yang ditanam di sekeliling museum.Sayangnya,yang memiliki peranan besar terhadap perawatan dan pembangunan museum adalah peziarah yang berasal dari negara-negara jiran, seperti Malaysia, Singapura,dan Brunei Darussalam.
Sementara itu, peziarah yang berasal dari negeri sendiri jarang sekali datang, Pemerintah daerah (pemda) yang diharapkan dapat melestarikan museum tersebut, ternyata belum banyak membantu, Praktis,keberadaan museum Buya Hamka ditentukan oleh peziarah yang berasal dari negara Jiran.
”Setiap minggu sekitar dua hingga tiga bus dari Malaysia berziarah ke sini,” tutur Martunis Karim, mantan siswa Buya Hamka saat ditemui di Museum Buya Hamka, kemarin.
Kondisi tersebut sangat mengherankan. Padahal, Buya Hamka merupakan sastrawan,budayawan, ulama, sekaligus politikus Indonesia yang terkenal pada masanya. Bahkan,Buya Hamka disebut-sebut mempunyai jasa besar dalam menyumbangkan karakter bangsa , terutama dalam bidang sastra. Karena itulah, Ketua Rombongan Safari Dakwah Jamaah ORBIT Din Syamsuddin berharap kondisi seperti itu tidak berlanjut.
Semua pihak semestinya menyadari dan melakukan introspeksi atas hal itu.Selain itu,Pemda Sumbar dan pengelola dari museum harus mulai melakukan sosialisasi. ”Ini mungkin salah satu manifestasi kurangnya kita menghargai sejarah dan memberikan penghargaan,” tutur Din.
Padahal, sebenarnya bila dilihat dari karya dan jasa yang diberikan ulama besar seperti Buya Hamka, seharusnya nama Buya Hamka sangat layak diabadikan sebagai sebuah jalan di Jakarta, Ibu Kota Indonesia. Sayangnya, hingga saat ini, nama jalan di ibu kota tidak ada yang bernama Buya Hamka.(hermansah)
Biografi
HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.
Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.
Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.
Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.
Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.
Daftar Karya Buya Hamka
1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
18. Tuan Direktur 1939.
19. Dijemput mamaknya,1939.
20. Keadilan Ilahy 1939.
21. Tashawwuf Modern 1939.
22. Falsafah Hidup 1939.
23. Lembaga Hidup 1940.
24. Lembaga Budi 1940.
25. Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
26. Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27. Negara Islam (1946).
28. Islam dan Demokrasi,1946.
29. Revolusi Pikiran,1946.
30. Revolusi Agama,1946.
31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
34. Sesudah naskah Renville,1947.
35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37. Ayahku,1950 di Jakarta.
38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42. Kenangan-kenangan hidup 2.
43. Kenangan-kenangan hidup 3.
44. Kenangan-kenangan hidup 4.
45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50. Pribadi,1950.
51. Agama dan perempuan,1939.
52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54. Pelajaran Agama Islam,1956.
55. Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.
56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958),
utk Doktor Honoris Causa.
59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982
oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62. Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum)
di Universiti Keristan 1970.
70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71. Himpunan Khutbah-khutbah.
72. Urat Tunggang Pancasila.
73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
74. Sejarah Islam di Sumatera.
75. Bohong di Dunia.
76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
79. [Tafsir Al-Azhar] Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara
oleh Sukarno.
sumber: - seputar-indonesia.com 17/05/2007
- Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.
Baca Selengkapnya......
Friday, April 4, 2008
Ayat - Ayat Cinta dan Film Fitna
Setelah melihat kesuksesan film Ayat - Ayat Cinta, bangsa Indonesia dan umumnya umat muslim seluruh dunia dihebohkan dengan film Fitna karya politikus dari negri Belanda.
banyak tanggapan yang beragam tentang isi dari film tersebut, berita hari ini di Indonesia sejumlah ISP (Internet Service Provider) memilih tunduk pada surat menkominfo bapak M. Nuh untuk memblokir situs www.youtube.com karena telah menayangkan film karya politikus belanda tersebut.
pemblokiran situs youtube di tanggapi beragam oleh masyarakat ada yang pro dan kontra seperti di detiknetforum http://forum.detikinet.com/showthread.php?t=18313.
menanggapi soal film ini saya berpikiran ini adalah sebuah test terhadap umat muslim seduania apakah benar seperti yang dituduhkan bahwa umat islam itu senang kekerasan?
dengan dalih kebebasan berpendapat dinegri Belanda dan negara - negara Barat kadang sangat keterlaluan apakah kita yang muslim harus Menerima penghinaan ini supaya dianggap sebagai kedewasaan dalam beragama ?
Padahal ini merupakan kebebalan, mati rasa dan sikap masa bodoh terhadap kriminalitas. Tidak boleh dibiarkan dengan dalih kebebasan dipakai untuk menghina kelompok lain dan agama orang lain, karena ini kriminal. Baca Selengkapnya......

Friday, March 14, 2008
Ayat - Ayat Cinta

patutlah kiranya mengangkat ibu jari sebagai tanda salut dan sukses kepada film "Ayat - Ayat Cinta" sebuah film garapan sutradara Hanung Bramantyo dengan produser dari MD Picture Presents A Dhamoo & Manoj Punjabi, seperti menyihir masyarakat perfilman di seluruh indonesia dengan jumlah penonton 2 juta orang pada sa'at pemutaran baru satu pekan.
mungkin juga kita semua sudah jenuh disuguhi tontonan tentang hantu terus. Baca Selengkapnya......
Subscribe to:
Posts (Atom)